skip to Main Content
Jangka Hayat Domain Name (Infografik)

Jangka Hayat Domain Name (Infografik)

Domain name mempunyai jangka hayat. Dan, jangka hayat domain name bermula apabila anda membeli domain name tersebut sehinggalah anda mengambil keputusan untuk tidak renew domain name tersebut. Apabila anda membeli domain name dari syarikat web hosting yang bagus, anda akan menerima reminder tentang domain name renewal seawal 2 bulan sebelum tarikh renewal. Jika anda membeli domain name daripada freelancer, sepatutnya freelancer tersebut akan hantar reminder kepada anda.

Bagaimana nak tahu expiry date Domain Name anda? Rujuk sini.

Timeline Jangka Hayat Domain Name

Rujuk kepada timeline di bawah:

Jangka Hayat Domain Name

Data untuk timeline di atas adalah sumber DataKL manakala timeline di atas dibuat menggunakan Time Graphics

Jangka hayat domain name secara mudahnya ialah:

  1. Selepas 40 hari daripada tarikh expiry, domain name ada kemungkinan kena buang. Tapi, masih boleh restore dengan penambahan kos.
  2. Selepas 70 hari daripada tarikh expiry, domain name tak boleh restore dan tak boleh renew. Tunggu masa untuk release kepada public
  3. Selepas 75 hari daripada tarikh expiry, domain name kena beli semula.

Polisi Jangka Hayat Domain Name

Timeline Jangka hayat di atas adalah secara umum kerana setiap registrar mempunyai polisi yang berbeza. Sebagai contoh, polisi godaddy dan namecheap adalah tidak sama.

Bagaimana dengan domain name berasaskan negara? (contoh: .com/.com.my). Domain name ini disebut sebagai Country Code Tol-level Domain atau ccTLD. Untuk domain name .my/.com.my pula, sila rujuk kepada polisi MYNIC (bahagian Renewal Fee)

Oleh itu, pastikan anda jangan terlupa renew domain name anda. Jangan disebabkan kecuaian, anda tak dapat nak buka email syarikat dan pada masa yang sama, pelanggan tak dapat akses kepada website anda. Terutamanya jika anda mempunyai website e-commerce.

Ts. Johari Rahmad

Ts. Johari Rahmad adalah graduan Software and Animation dari Multimedia University Cyberjaya & Melaka dan pengalaman bertahun-tahun sebagai pengajar dan jurulatih profesional untuk Pengaturcara PHP, Wordpress dan Pemasaran Digital.

Beliau berdaftar dengan MBOT sebagai Teknologis dan juga merupakan Certified HRD Corp Trainer.

Sepanjang kerjayanya, beliau telah membangunkan set kemahiran dalam pembangunan laman web, pembangunan software dan pemasaran digital. Beliau berharap dapat menggunakan pengalamannya untuk membantu orang lain mempelajari teknik-teknik dalam keberadaan digital yang lain seperti laman web, media sosial, elearning, SEO dan sebagainya.

Pada masa ini beliau bekerja sebagai pengarah di Karya Media Sdn Bhd dan menyediakan pelbagai kursus latihan pengaturcaraan dan pemasaran digital kepada orang ramai.

Back To Top
×Close search
Search