Arahan

1. Mudah saja caranya. Di bawah ini ada form untuk anda gunakan. Anda pilih operasi apa yang anda mahu sama ada Tambah atau Tolak dan anda pilih Tahap Kesusahan Soalan sama ada Mudah, Susah Sikit atau Bapak ah! Dah pilih? Tekan butang HANTAR.

2. Sila cetak soalan-soalan tu. Saya cadangkan kalau di pejabat anda ada banyak kertas-kertas A4 yang tak pakai, gunalah kertas-kertas tu.

Pilih & Cetak

Salam Parents!

Kita kadang-kala sibuk dengan duniawi sampaikan pendidikan anak-anak terabai. Kita biarkan anak-anak kita leka main telefon padahal kita tahu itu bukan benda yang baik untuk diorang. Apa kata kita bagi diorang buat soalan matematik yang mudah-mudah kat rumah.

Disclaimer: Saya bukan expert dalam pendidikan ya tapi apa yang saya cuba lakukan adalah menggunakan ilmu yang ada untuk kebaikan anak-anak saya. Mana tahu, mungkin bermanfaat untuk anak-anak anda. Kalau tidak bermanfaat, #janganKecam #sayaTakKuat #hatiSayaKudus

Sebarang soalan yang berkaitan, boleh email saya johari.rahmad@gmail.com

Johari Rahmad, 15 Nov 2017