Requirements
- Laptop
- eLearning Account
- XAMPP
- OpenAI API Key
- Gemini API Key
Target audiences
- Pentadbiran
- Teknikal
- Penyeliaan
- Pengurusan
BENGKEL AI DAN PEMERKASAAN SKIM F: HALATUJU DAN APLIKASI
ANJURAN BAHAGIAN DIGITAL, PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERAK
Pengenalan:
“Bengkel AI dan Pemerkasaan Skim F: Halatuju & Aplikasi” direka khas untuk membina kefahaman asas dan kemahiran praktikal dalam penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan (AI). Program ini memberi fokus kepada bagaimana AI boleh membantu meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kerajaan melalui penggunaan Chatbot AI, mempercepat proses kerja, serta menyokong pembuatan keputusan berasaskan data.
Objektif Pembelajaran:
i) Memahami konsep asas AI dan aplikasinya dalam sektor awam.
ii) Mengenal pasti peluang penggunaan AI untuk meningkatkan kecekapan dan kualiti perkhidmatan.
iii) Mempelajari penggunaan alatan AI moden (seperti ChatGPT, dan Gemini) untuk tugasan harian.
Kandungan Kursus:
i) Pengenalan kepada AI – Konsep, sejarah dan trend semasa.
ii) Implementasi AI di SUK, MBI & PTG – Contoh kes di Perak.
iii) Hands-On Tools – Cara menggunakan platform AI untuk tugasan sebenar (surat, laporan, data, komunikasi).
Kaedah Pembelajaran:
i) Pembelajaran kendiri (self-paced) melalui e-learning platform.
ii) Video interaktif, tutorial langkah demi langkah & kuiz.
iii) Aktiviti praktikal menggunakan AI sebenar.
iv) Borang maklum balas
Sasaran Peserta:
Penjawat awam pelbagai peringkat — pentadbiran, teknikal, penyeliaan dan pengurusan — yang ingin memahami serta memanfaatkan AI dalam tugasan harian dan strategik.