skip to Main Content
50 Slot Percuma Untuk Bengkel Mobile Apps Android

50 Slot Percuma Untuk Bengkel Mobile Apps Android

Kawan saya Farizshah Gaskin  dari Tracdisk Technogreen Sdn Bhd mempelawa sesiapa yang berminat untuk menghadiri bengkel membina Mobile Apps Android dan Iphone.

bengkel mobile apps android

Siapakah Farizshah Gaskin?

Saudara Farizshah Gaskin ini merupakan kenalan saya di program 1MET 2016 dan sudah beberapa kali menjadi mentor / fasilitator bagi program tersebut. Beliau merupakan pakar mobile app & master trainer untuk mobile app sejak 2010. Pakar mobile app ini sudah mempunyai banyak pengalaman dalam industri ini dan juga dah banyak apps yang beliau bangunkan.

Selain membangunkan mobile apps, beliau juga menjual tutorial Step-by-Step GameSalad Tutorial yang berharga RM20.

Apa yang bagusnya dengan bengkel mobile apps Android ini?

Yang bagusnya jika anda menyertai bengkel ini ialah anda dapat:

  1. Menjana pendapatan online.
  2. Menghubungkan / networking sesama rakan-rakan bisnes dan developer mobile apps.
  3. Memberi anda pencerahan tentang pemasaran online bagi menaikkan lagi pendapatan online anda.

Antara 3 manfaat di atas, saya paling suka nombor 2. NETWORKING. Pada pendapat saya, inilah value sebenar bengkel ini. Senang saya nak cari freelancer untuk buat mobile apps nanti.

Maklumat terbaru yang saya terima, beliau sedang rancak mempromosikan bengkel ini sehingga membuat offer yang tidak masuk akal! Beliau menawarkan 50 Slot Percuma bagi penyertaan ke bengkel mobile apps ini.

50 SLOT PERCUMA! *Whoa!

Untuk pengetahuan anda, bengkel Mobile App adalah tidak murah dan jarang benar ada makhluk Allah yang sudi meluangkan masanya untuk mengajar.

Sebagai perbandingan, di Training.my, bengkel Mobile App Android bernilai RM1,900 untuk 4 hari. Bayangkanlah berapa banyak anda berjimat untuk bengkel sebegini.

Selain itu, selaku pakar dalam mobile apps.. tidaklah keterlaluan jika saya katakan beliau bukan sahaja akan mencurahkan ilmu tentang pembangunan mobile apps malahan beliau juga mempunyai INDUSTRIAL KNOWLEDGE dalam pembangunan mobile apps.

Apa perlu anda lakukan?

Senang saja. Bagi merebut slot 50 PERCUMA bengkel ini, anda diminta untuk mengisi borang survey dahulu. Kemudian, jika anda bertuah.. slot tersebut akan menjadi milik anda. Menarik bukan? Pemurahnya hati abang kita ni.

Maka, apa tunggu lagi? Rebutlah peluang sekarang sebelum anda tertinggal keretapi.

Ts. Johari Rahmad

Ts. Johari Rahmad adalah graduan Software and Animation dari Multimedia University Cyberjaya & Melaka dan pengalaman bertahun-tahun sebagai pengajar dan jurulatih profesional untuk Pengaturcara PHP, Wordpress dan Pemasaran Digital.

Beliau berdaftar dengan MBOT sebagai Teknologis dan juga merupakan Certified HRD Corp Trainer.

Sepanjang kerjayanya, beliau telah membangunkan set kemahiran dalam pembangunan laman web, pembangunan software dan pemasaran digital. Beliau berharap dapat menggunakan pengalamannya untuk membantu orang lain mempelajari teknik-teknik dalam keberadaan digital yang lain seperti laman web, media sosial, elearning, SEO dan sebagainya.

Pada masa ini beliau bekerja sebagai pengarah di Karya Media Sdn Bhd dan menyediakan pelbagai kursus latihan pengaturcaraan dan pemasaran digital kepada orang ramai.

Back To Top
×Close search
Search