skip to Main Content

Bagaimana menggunakan FTP klien?

(Diterbitkan semula dari pos di Kapasitor.net)

FTP ialah File Transfer Protocol iaitu Protokol Menghantar Fail yang digunakan secara meluas di dalam pembikinan laman web. Walau bagaimanapun, tidak semua transaksi berlaku dalam FTP adalah yang melibatkan pembikinan laman web, ada juga yang menggunakannya untuk menghantar fail peribadi yang bersaiz besar kepada rakan anda.

Secara umumnya, FTP memerlukan url ke pelayan (server), kata nama (username) dan kata laluan (password). Ini selalunya diberikan oleh tuan punya server.

Dalam contoh ini, kita akan menggunakan FTP klien bernama Filezilla. Muat turun FTP klien Filezilla di sini atau http://filezilla-project.org/download.php?type=client

Langkah 1: Pasang (install) Filezilla. Tunggu sehingga pemasangan (installation) selesai.

Langkah 2: Jalankan Filezilla. Kebiasaannya terdapat ikon pintas di desktop komputer anda selepas pemasangan.

Langkah 3: Masukkan ftp pelayan (server), kata nama (username) dan kata laluan (password)

http://www.kapasitor.net/images/ftp_tutorial/1_ori_thumb.jpg

Langkah 4: Klik pada “Quick Connect

http://www.kapasitor.net/images/ftp_tutorial/2_ori_thumb.jpg

Langkah 5: Setelah berjaya disambungkan (connected), seret dan letak fail-fail dari komputer anda (kolum sebelah kiri) ke dalam server (pelayan) di kolum sebelah kanan.

http://www.kapasitor.net/images/ftp_tutorial/3_ori_thumb.jpg

nah! sudah selesai. Semoga tutorial mudah ini bermanfaat kepada anda 😉

Johari Rahmad

Founder of Kapasitor, owner or Karya Media Sdn Bhd, husband of Nadia & father of Naquibs

Back To Top
×Close search
Search