skip to Main Content

DIY Laman Web: Freelancer Web yang Boleh Dipercayai

Situasinya: Anda mahu naik-taraf/upgrade laman web blogspot anda ke .com sendiri atau mahu mengupah orang bagi membina laman web anda. Tapi:

  1. Anda takut nak upah Freelancer Web sebab tidak mahu tertipu.
  2. Kadar upah Freelancer Web yang mahal

Berdasarkan pengalaman dan pengetahuan saya, berikut adalah tips untuk mengetahui sama ada Freelancer Web anda boleh dipercayai atau tidak.

Peringatan: Saya sekadar memberi panduan bagaimana mahu mencari Freelancer Web yang Boleh Dipercayai. Panduan ini tidak semestinya 100% tepat. Namun, sekurang-kurangnya, anda sudah membuat tapisan dahulu sebelum mengupah Freelancer Web tersebut.

1. Freelancer Web yang Serius

Freelancer Web yang serius adalah mereka yang mempunyai domain name sendiri (seperti: abc.com / abc.net) dan bukannya abc.blogspot.com. Orang-orang sebegini serius dalam kerja yang dilakukan dan pasti tidak mahu menjahanamkan pekerjaan mereka dengan menipu. Ini kerana, mereka mengeluarkan wang bagi membina jenama mereka sendiri berbanding menggunakan platform percuma seperti blogspot.

2. Minta Portfolio/Hasil Kerja Mereka

Pastikan anda mendapatkan hasil kerja mereka terlebih dahulu. Ini kerana, freelacer web harus membuktikan bahawa hasil kerja mereka bagus dan bersesuai dengan kos upah. Jadi, jangan segan silu meminta hasil kerja mereka. Dan, selalunya.. jika freelancer web mempunyai domain name sendiri, sudah pasti portfolio mereka ada diletakkan di laman web mereka.

3. Hubungi Client/Pelanggan Freelancer Web

Setelah anda mengakses portfolio/hasil kerja Freelancer Web, dapatkan maklumat siapa pelanggan mereka dan hubungi mereka. Contoh: jika Freelancer Web pernah membuat laman web untuk pelanggan di www.xyx.com, sila buka laman web www.xyx.com dan dapatkan maklumat untuk dihubungi. Sahkan terlebih dahulu yang Freelancer Web itu yang membuat laman web mereka dan dapatkan maklumbalas. Ini bagi memastikan Freelancer Web tersebut jujur dan amanah dalam memperagakan portfolio/hasil kerja mereka.

Selamat Berjaya!

Johari Rahmad

Founder of Kapasitor, owner or Karya Media Sdn Bhd, husband of Nadia & father of Naquibs

Subscribe To My Newsletter
Be the first to get latest updates and
exclusive content straight to your email inbox.
* indicates required
No Thanks!
close-link
Back To Top
×Close search
Search