skip to Main Content

Duduk Diam Dapat Duit

Siapa dalam dunia ni yang tak nak jadi macam ni ye tak? Duduk Diam Dapat Duit (4D). Tanpa perlu usaha macam orang gila, kita bole dapat duit tanpa perlu menganiaya orang.

Tak percaya?

Untuk pengetahuan korang, aku dah join satu program 4D ni dan aku memang syorkan program 4D ni dengan korang. Program 4D ni tak memerlukan korang meniaga, tak perlu cari orang, tak perlu belajar marketing plan. Memang totally Duduk Diam Dapat Duit.

Setakat ni, alhamdulillah aku dah menjana pendapatan 3 angka dalam masa 3 minggu. 3 angka memang la tak banyak tapi sekurang-kurangnya boleh la cover duit susu anak-anak btul tak?

Contoh pengiraan:

Bonus Harian: RM10.50/hari
Jumlah Hari Sejak Mula Masuk: 21 Hari
Total: RM220.50

Macam mana caranya?

Berhenti merokok.

Ts. Johari Rahmad

Ts. Johari Rahmad adalah graduan Software and Animation dari Multimedia University Cyberjaya & Melaka dan pengalaman bertahun-tahun sebagai pengajar dan jurulatih profesional untuk Pengaturcara PHP, Wordpress dan Pemasaran Digital.

Beliau berdaftar dengan MBOT sebagai Teknologis dan juga merupakan Certified HRD Corp Trainer.

Sepanjang kerjayanya, beliau telah membangunkan set kemahiran dalam pembangunan laman web, pembangunan software dan pemasaran digital. Beliau berharap dapat menggunakan pengalamannya untuk membantu orang lain mempelajari teknik-teknik dalam keberadaan digital yang lain seperti laman web, media sosial, elearning, SEO dan sebagainya.

Pada masa ini beliau bekerja sebagai pengarah di Karya Media Sdn Bhd dan menyediakan pelbagai kursus latihan pengaturcaraan dan pemasaran digital kepada orang ramai.

Back To Top
×Close search
Search