skip to Main Content
Google Chrome Tunjuk Status Laman Web NOT SECURE?

Google Chrome Tunjuk Status Laman Web NOT SECURE?

Tahukah anda bahawa apabila anda update sahaja web browser Google Chrome anda ke versi terbaru (versi 68), anda akan perasan sesuatu yang baru di bahagian address bar. Google Chrome akan memaparkan status laman web not secure yang mana, semua laman web yang tiada Secure Sockets Layer (SSL) certificate akan dipaparkan sebagai NOT SECURE.

laman web not secure

Kenapa Google Chrome jadikan laman web NOT SECURE?

Sebab utama ialah Google membuat keputusan sebegini adalah untuk memastikan keselamatan internet lebih terjaga dek kerana terlalu banyak kes-kes melibatkan keselamatan internet. Selain itu:

  1. Untuk menyedar masyarakat awam khususnya pelayar laman web bahawa jika anda masuk ke laman web  NOT SECURE, maka segala transaksi / transmisi data di dalam laman web itu adalah berisiko. Senang kata, jangan isi apa-apa maklumat dalam form / borang dalam laman web tu.
  2. Untuk “memaksa” tuan punya laman web untuk lindungi pelayar laman web daripada sebarang pintasan data yang mungkin berlaku semasa laman web tersebut digunakan.

Apa itu SSL?

SSL ialah kunci digital yang diikat kepada organisasi. Bermakna, jika laman web tu ada SSL, identiti owner / organisasi / lokasi DAN nama domain / server laman web itu dah disahkan oleh syarikat yang mengeluarkan kunci digital tu. Ia akan mengubah protokol di depan nama domain anda daripada http kepada https. “s” tu untuk “secure” / “selamat”

Apa fungsi SSL?

Secara umumnya, SSL akan memastikan keselamatan semua website yang ada borang / form (eg: feedback form, login, register, profile, online banking, shopping cart) lebih terjamin dengan cara menyulitkan sambungan di antara pelayan dan pelayar laman web. (encrypt connection between server and web browser)

Yang paling penting di sini ialah untuk menjamin keselamatan transaksi / transmisi atas talian terutamanya ketika login, online banking, online shopping dan online registration (terpakai untuk laman web kerajaan, organisasi, korporate, SME mahupun individu).

Tonton video di bawah untuk pemahaman lanjut tentang SSL

Apa kebaikan SSL?

Secara khususnya, SSL bertujuan untuk menyulitkan transmisi data. Tapi, inisiatif Google pula memberikan nilai tambah kepada Search Engine Optimization (SEO) & Ranking dalam Google.

  1. Memastikan keselamatan data antara pelayan dan pelayar web
  2. Membina kepercayaan pelanggan online
  3. Meningkatkan sedikit ranking dalam Google

Macam mana nak selesaikan masalah ni?

Jika anda pelayar website atau tidak mempunyai Laman Web sendiri, tiada apa yang dapat anda lakukan melainkan sentiasa memantau dan berhati-hati apabila melayari internet. Atau;

Jika anda OWNER / TUAN TANAH kepada laman web yang berstatus NOT SECURE; dan mahu tahu bagaimana nak selesaikan masalah ini, sila rujuk kepada panduan berikut.

Cara Menjadikan Laman Web anda Berstatus SECURE dalam Google Chrome

Ts. Johari Rahmad

Ts. Johari Rahmad adalah graduan Software and Animation dari Multimedia University Cyberjaya & Melaka dan pengalaman bertahun-tahun sebagai pengajar dan jurulatih profesional untuk Pengaturcara PHP, Wordpress dan Pemasaran Digital.

Beliau berdaftar dengan MBOT sebagai Teknologis dan juga merupakan Certified HRD Corp Trainer.

Sepanjang kerjayanya, beliau telah membangunkan set kemahiran dalam pembangunan laman web, pembangunan software dan pemasaran digital. Beliau berharap dapat menggunakan pengalamannya untuk membantu orang lain mempelajari teknik-teknik dalam keberadaan digital yang lain seperti laman web, media sosial, elearning, SEO dan sebagainya.

Pada masa ini beliau bekerja sebagai pengarah di Karya Media Sdn Bhd dan menyediakan pelbagai kursus latihan pengaturcaraan dan pemasaran digital kepada orang ramai.

Back To Top
×Close search
Search