skip to Main Content

3 Sebab Mengapa Perlu Ada eCommerce Website

SOALAN: Pendapatan Saya 4 Angka Sebulan di Facebook, Perlu ke Website? *Hembus kuku

JAWAPAN: PERLU *ketuk kepala dia dengan sudu

Selama 5 bulan yang lepas, anda telah berjaya membina empayar anda di Facebook page. Hari ini, anda mempunya follower yang ramai, likes yang banyak dan order pun tak menang tangan. Hari-hari ada orang order kat Whatsapp & Telegram. Secara purata ada 300 order setiap hari. Pendapatan anda menjangkau 4 Angka sebulan.

Alhamdulillah. Jadi, kalau perniagaan anda sudah maju di Facebook Page, tak perlulah buat website.. betul tak?

Sosial Media (Facebook, Instagram dan sebagainya) adalah marketing tool untuk perniagaan anda. Untuk awal-awal, anda boleh establish perniagaan anda di sana sebab mudah & percuma. Tapi, setelah beberapa lama.. anda harus melangkah setapak lagi ke hadapan. Sosial Media dan Website harus berjalan seiringan dan berpimpinan tangan di bawah pelangi indah dengan angin sepoi-sepoi bahasa dan jangan lupa bawa sijil nikah.

Kita ambil Zalora sebagai contoh. 6 Juta like di Facebook Page. Adakah ini bermakna Zalora patut tutup saja website mereka dan establish perniagaan hanya di Facebook Page?

Berikut adalah 3 sebab mengapa perlu ada eCommerce website

1. Pengambilan dan pengurusan order/pesanan
Social Media mempunyai kelebihan dan kekurangan. Dalam hal ini, jika anda mempunyai 5 order setiap hari melalui Whatsapp, mungkin anda boleh tulis atau ingat atau tampal order di peti sejuk anda. Apabila order anda mencecah 300 sehari, adakah anda larat nak buat sebegitu? Anda perlukan eCommerce website untuk melakukan kerja-kerja sebegini.  eCommerce website membolehkan anda membuat order secara automatik dan pelbagai teknik untuk jaga/retain pelanggan anda. Sebagai contoh: voucher, loyalty program, kira shipping secara otomatik dan sebagainya.

2. Pembayaran
Jika terdapat 300 pesanan setiap hari , anda larat ke nak terima 300 gambar bukti pembayaran di email atau Whatsapp? Atau, login 300 kali di Maybank2u untuk memastikan duit tu betul-betul masuk? eCommerce website membolehkan anda menerima pembayaran secara online. Anda cuma perlu tunggu email notification daripada payment gateway dan terus proses order tersebut.

3. Jenama/Brand
Jika anda percaya kepada kuasa JENAMA/BRAND, maka anda perlu mempunyai website. Di sini, anda mempunyai total control atas jenama anda. Kenapa jenama itu penting?

a. Membina perasaan trust/percaya kepada perniagaan anda
b. Menampakkan kredibiliti perniagaan di mata bakal customer
c. Menunjukkan anda serius dalam perniagaan

Nak lagi tips daripada saya? Sertai mailing list saya atau datang ke Workshop Cpanel Ninja pada 20hb Ogos 2015 pada pukul 3 petang di KLCC.

Ts. Johari Rahmad

Ts. Johari Rahmad adalah graduan Software and Animation dari Multimedia University Cyberjaya & Melaka dan pengalaman bertahun-tahun sebagai pengajar dan jurulatih profesional untuk Pengaturcara PHP, Wordpress dan Pemasaran Digital.

Beliau berdaftar dengan MBOT sebagai Teknologis dan juga merupakan Certified HRD Corp Trainer.

Sepanjang kerjayanya, beliau telah membangunkan set kemahiran dalam pembangunan laman web, pembangunan software dan pemasaran digital. Beliau berharap dapat menggunakan pengalamannya untuk membantu orang lain mempelajari teknik-teknik dalam keberadaan digital yang lain seperti laman web, media sosial, elearning, SEO dan sebagainya.

Pada masa ini beliau bekerja sebagai pengarah di Karya Media Sdn Bhd dan menyediakan pelbagai kursus latihan pengaturcaraan dan pemasaran digital kepada orang ramai.

Back To Top
×Close search
Search