skip to Main Content
Email Shutdown Process Initiated

Email Shutdown Process Initiated

Client mendapat email yang ganjil

Hari ni saya dapat laporan daripada client saya. Beliau bertanya sama ada email beliau mempunyai masalah. Saya mohon kepada beliau untuk menghantar screenshot. Berikut adalah screenshot yang diterima:

email-shutdown-process-initiated-by-mail-administration

Klik untuk gambar yang lebih jelas

Penerangan

Jika anda berhadapan dengan masalah sebegini, jangan risau. Pihak hosting tidak akan sewenang-wenangnya menutup account email anda. Ini dalah salah satu aktiviti spamming / phishing untuk menjahanamkan maklumat digital anda.

Perhatikan email ini dihantar oleh siapa. Mail Administrator memang antara nama paling popular yang akan digunakan. Disebabkan client saya menggunakan Roundcube, maka email penghantar tidak dipaparkan. Apabila saya menyuruh client saya melihat email Mail Administrator, maka tertera email asing iaitu: noreply@xxxxxxxxx.com

Apa perlu anda buat?

Ignore / report spam / delete saja email ini. Dan jangan klik pada apa-apa link yang terdapat di dalam email tersebut.

Johari Rahmad

Founder of Kapasitor, owner or Karya Media Sdn Bhd, husband of Nadia & father of Naquibs

Back To Top
×Close search
Search